| Sejarah Bangunan Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan |
| Jumaat, 28 April 2006 | |
|
Sejarah Bangunan Bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja (Istana Jahar) ini pada asalnya merupakan bangunan satu tingkat dikenali dengan nama Istana Raja Bendahara. Istana ini mula dibina menggunakan kayu sepenuhnya pada zaman akhir pemerintahan Sultan Muhammad 11 (1837 - 1886). Pernbinaannya siap pada tahun 1887, setahun selepas kemangkatan Sultan Muhammad 11. Istana ini dibina sebagai hadiah perkahwinan kepada cucunda baginda Long Kundur dengan Tengku Embong, puteri kepada Tengleu Puteh, Raja Pattani 111. Pada masa itu Long Kundur bergelar Raja Bendahara. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad 11 pada tahun 1886, baginda digantikan oleh anakandanya Long Sulong yang memakai gelaran Sultan Ahmad. Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad, bangunan Istana Jahar in! terus didiami oleh anakandanya Long Kundur. Baginda Sultan Ahmad tidak lama memerintah Kelantan. Pada tahun 1889 baginda telah jatuh gering dan mangkat. Setelah itu Long Kundur telah ditabal dengan rasminya menjadi sultan menggantikan ayahandanya pada tahun 1889 dengan memakai gelaran Sultan Muhammad 111. Baginda terus bersemayan di Istana Jahar dan menjadikannya sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan. Baginda mangkat pada tahun 1890 setelah hanya satu tahun lebih di atas takhta. Adindanya Long Mansur kemudiannya ditabal menjadi sultan menggantikan Long Kundur, dan Long Senik (anakanda kepada Long Kundur), pula dilantik menjadi Tengku Indera Mahkota. Long Mansur menjadikan Istana Balai Besar sebagai tempat bersemayam rasmi baginda dan seterusnya memindahkan pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan daripada Istana Jahar ke Istana Balai Besar.
Selepas kemangkatan baginda pada tahun 1944, baginda telah diganti oleh adindanya Tengku Ibrahim. Dalam zaman pemerintahan Sultan lbrahim, Istana Jahar ini dikurniakan pula kepada menantunya Raja Perempuan Zainab 11 (Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra) isteri kepada-Tengku Yahya Petra. Pada ketika itu Tengku Yahya Petra bergelar Tengku Bendahara. Tengku Yahya Petra bersemayam di Istana Batu dan Istana Jahar telah dijadikan sebagai pejabat baginda. Pada zaman pemerintahan Sultan Yahya Petra, baginda sendiri bersemayam di Istana Kota Lama dan Istana Jahar telah dibiarkan tidak terurus. Mengikut Tan Sri Mubin Sheppard dalam artikelnya yang berjudul 'Kelantan Palaces Of The Past' beliau menyatakan bahawa bangunan asal Istana Jahar ini telah dirobohkan pada tahun 1965 setelah sekian lama terbiar. Tambahan pula tapak bangunan ini dicadangkan untuk pembinaan bangunan yang baru sebagaimana yang ada sekarang.
Pada zaman pemerintahan KDYMM Sultan Ismail Petra (1979 - sekarang), baginda telah mengampuni perkenaan bangunaan Istana Jahar dipinjamkan kepada Kerajaan Negeri untuk dijadikan Muzium Negeri Kelantan. Bagi mewujudkan sebuah Muzium Negeri, banyak kerja-kerja pembaikian dan pengubahsuaian perlu dilakukan. Bangunan ini uzur. kerana terlalu lama dibiarkan kosong dan tidak terurus. Begitu juga dengan kawasan sekitrnya yang memerlukan kerja-kerja 'land-scaping' sesuai dengan pengwujudan sebuah Muzium Negeri yang bakal menjadi pusat lawatan dan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Setelah kerja-kerja pembaikian dan pengubahsuaian selesai dijalankan maka bangunan Istana Jahar telah dirasmikan sebagai Muzium Negeri oleh Raja Perempuan Zainab 11 pada 30 Mac 1981 bersempena dengan sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan AI-Sultan Kelantan. Pameran pertama yang diadakan bertajuk 'Pameran Raja Kita'.' Kemudiannya pada bulan Ogos 1990, Muzium Negeri Kelantan telah berpindah ke bangunan yang baru iaitu bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan Istana Jahar telah sekali lagi diubahsuai. Muzium yang baru ini dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Upacara perasmiannya telah disempumakan oleh AI-Sultan Kelantan pada 27 Julai, 1992. Di Muzium ini kini dipamerkan berbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan sejak zaman berzaman. Selain daripada itu, dipamerkah juga jenisjenis tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga untuk tontonan umum generasi kini dan akan datang. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 24 November 2006 ) |










