Isnin, 06 September 2010 Bersamaan 27 Ramadhan 1431 Hijrah Navigation:    Laman Utama arrow Muzium Adat Istiadat arrow Ragamhias Bangunan
    JoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header Rotator

Login Webmail

Nama Pengguna
Kata laluan
    JoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header Rotator
Ragamhias Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan
Jumaat, 28 April 2006
Balai Persandingan
Balai Persandingan
Ragamhias adalah merupakan pelengkap bagi menambahkan lagi seri kecantikan sesuatu bahan. Penggunaan ragamhias ini juga kadangkala mempunyai makna yang tersirat. Faktor alam sekitar seperti flora dan fauna serta adat menjadi sumber ilham dalam penciptaan dan penerapan ragamhias yang bersifat simbolik. Namun demikian, ragamhias biasanya menyentuh masalah kehidupan dan falsafah di sebalik kegunaarmya. Dalam membincarakan tentang ragamhias ini kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang 3 aspek yang utama iaitu fungsi, bentuk, dan motif.

Fungsi

Fungsi ragamhias adalah supaya bangunan kelihatan lebih cantik dan menarik. Selain daripada itu, ragamhiis juga berper.anan menyampaikan pesanan, nasihat dan pengaJaran kepada para pencinta seni.

Bentuk
Bentuk-bentuk yang dihasilkan pula adalah mengikut keadaan alam sekeliling dengan mengambil kira nilai-nilai keagamaan sebagai landasan penciptaarmya.

Motif
Pada kebiasaanya motif ini diilhamkan daripada alam semulajadi iaitu flora dan fauna. Motif-motif ini akan disusun dan dibentuk sedemikian rupa bagi menampakkan keserasian dan keharmonian antara satu sama lain. Kesernua unsur-unsur ini (fungsi, bentuk dan motif) dijalin, digabungkan dan diteraplcan ke dalam seni ukiran pada bangunan Istana Jahar bagi menampakkan keunikan dan keindahan senibina dan bangunan itu sendiri.

Jenis -Jenis Ragambias
Istana adalah merupakan sebuah bangunan indah yang melambanglcan kedudukan serta ketinggian status pemiliknya. Menyedari betapa pentingnya fungsi sebuah istana, maka bentuk dan ragamhiasnya juga mestilah indah kerana ia merupakan sebahagian daripada simbol keagungan dan kedaulatan pemiliknya. Kebanyakkan ragam hias di Istana Jahar bermula dengan konsep penciptaan 'awan larat'. Corak awam larat bermula dari satu tempat dan melarat (menjalar) memenuhi ruang sesuai dengan falsafah seni hias orang Melayu yang terkenal iaitu:-

"Tumbuh hendaklah berpunca, punca itu rahsia, tajam tidak menerjah lawan, lilit fidak mematuk lawan tetapi berlegar mesra".

Falsafah ini jugalah yang menjadikan seni hias orang-orang Melayu terkenal dan diminati sehingga kini. Lantaran itu bangunan Istana Jahar telah dipenuhi dengan berbagai jenis corak dan bentuk ragamhias yang menarik. Antara lain jenis-jenis ragamhias yang dimaksudkan ialah:

  • Sirip Naga
    Sirip Naga menyerupai bentuk sirip yang terdapat di atas belakang naga. Menghiasi pada bahagian atas tulang ra.6ung- (Perabung).
  • Ekor Itik
    Diperbuat daripada simen dan menyerupai bahagian ekor itik. la juga terletak di atas bumbung dibahagian hujung perabung. la adalah pelengkap kepada hiasan sirip naga. 
  • Andang-Andang
    Diperbuat daripada kayu cengai dan berukiran tebuk tembus. Andang-andang ini dipasang di bahagian hujung Ouring) atap iaitu di bahagian kayu/papan pemeleh. Terdapat duajenis motif yang digunakan iaitu motif pucuk rebuang dan bunga petola.
  • Jejala
    Juga diperbuat daripada kayu cengal dan berukiran tebuk tembus. Jejala ini dipasang sebagai pemisah ruang di antara hujung atas dinding dengan siling/bumbung. Selain berfungsi sebagai hiasan iajuga bertindak sebagai sistem pengaliran udara dan cahaya.


Terdapat berbagai motif yang digunakan dalam menghasilkanjejala ini. Antaranya ialah sulur kacang, bunga daia, bunga tikam, bunga ladu dan lain-lain.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 24 November 2006 )