 Salah Satu Ruang Pameran Di Muzium Perang Objektif Menampilkan kesan Peperangan-Dunia Ke-II.di Kelantan (1941-1945) bagi memperingkati peristiwa sejarah penting bagi negeri Kelantan dan juga menimbulkan kesedaran cintakan keamanan sejagat, semangat kebangsaan, juga perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.
Koleksi Terdiri daripada gambar-gambar, penulisan-penulisan dan artifek-artifek yang berkaitan dengan Peperangan Dunia Ke-II di Kelantan pada, bulan Disember 1941 dan lain-lain. Jumlah semuanya ialah lebih daripada 1,000 buah bahan-bahan yang terkumpul dan di pamerkan.
Balai Pameran Mengandungi dua bahagian, iaitu pada tingkat bawah meliputi sejarah Peperangan Dunia Ke-11 khususnya di Kelantan, semangat kebangsaan, zaman darurat, kemerdekaan negara dan penubuhan Malaysia. Pada tingkat atas pula diparnerkan juga sejarah Kelantan pada zaman moden iaitu zaman Sultan Muhammad IV, Sultan Ismail, Sultan Ibrahim, Sultan Yahya Petra dan Sultan Ismail Petra.
Pegawai Bertugas Terdiri daripada seorang Pembantu Muzium dan beberapa orang Penjaga Muzium yang memakai pakaian seragam (uniform) semasa bertugas.
Masa Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.45 petang.
Bayaran Bayaran dikenakan RM 1.00 bagi orang dewasa dan RMO.50 kanakkanak. Bagi pengunjung luar negara pula bayarannya ialah RM2.00 bagi orang dewasa dan RMO.50 bagi kanak-kanak.
Alamat Memorial Peperangan Dunia Ke-II Jalan Sultan 15000 Kola Bharu KELANTAN
|