| Sejarah Bangunan Memorial Peperangan Diunia Ke II |
| Jumaat, 28 April 2006 | |
|
Tarikh sebenar bangunan ini mula dibina tidak dapat diketahui tetapi tarikh siap dan mula digunakan ialah pada tahun 1912. Usia bangunan ini hampir 84 tahun, merupakan bangunan batu terawal di Kota Bharu. Dari bulan Disember tahun 1941 hingga bulan September 194S negeri Kelantan telah diperintah oleh tentera Jepun. Bangunan bank ini telah digunakan sebagai pejabat Polis Rahsia Jepun (Kempei Tai). Dalam bangunan ini dijadikan pejabat, lockup, tempat siasatan, tempat penderaan dan lain-lain kegiatan Kempei Tai. ![]() Batu Peringatan Tanda Tamat Perang Dunia Ke II Bertarikh 12hb Desimber 1941 Ditemui Di Tepi Sungai Sat, Kg. Kemuning, Machang. Tingkat atas tetap menjadi tempat kediaman pengurus yang mengandungi bilik tidur utama, bilik tidur keluarga, bilik tidur tetamu, dapur dan bilik makan. Pada bahagian belakang bangunan pula ditempatkan pekerja-pekerja seperti pemandu, tukang masak, tukang kebun dan dua buah dapur. Dalam kawasan ini terdapat sebuah telaga (perigi). Pada tahun 1977 pula, nama bank tersebut telah bertukar kepada "The Hong Kong & Shanghai Banking Corporation dan kemudiaanya kepada "Hongkong Bank (Malaysia) Berhad. Pada tahun 1981, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil alih bangunan itu dan di tingkat atas dijadikan Balai Senilukis sementara di bahagian bawah dijadikan Dewan Kraftangan. Sernuanya terletak & bawah kelolaan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Pada tahun 1992 Perbadanan Muzium Negeri Kelantan' telah mengubah fungsi bangunan itu kepada Memorial Peperangan Dunia Ke-11 di bahagian bawah dan era pemerintahan negeri Kelantan Moden di bahagian atasnya. Memorial ini telah dirasmikan oleh KDYMM AlSultan Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra pada 1 Ogos 1994 sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke44. Balal Senilukis telah berpindah. ke ruang pameran Muzium Negeri dan Kraftangan pula ke Muzium Kraf di dalam kompleks Kampung Kraftangan.
|
|
| Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 24 November 2006 ) |











