| Keadaan Bangunan Memorial Peperangan Dunia Ke II |
| Sabtu, 29 April 2006 | |
|
Bangunan ini dua tingkat berukuran 86 x 86 meter. Dinding luarnya bersimen dengan keadaan berkerutu (kerapu). Nampak tegak dan berbeza dengan bangunan lain di sekelilingnya. Bangunan itu diperbuat dari simen, bata dan kayu cengal yang keras. Dibahagian belakangnya berbentuk L. Bangunan tersebut adalah pengaruh barat yang disesuai dengan di timur. Ia tahan dengan udara lembab, pusingan udaranya baik berjendela besar. Apabila digunakan sebagai muzium perubahan-perubahan dibuat di dalamnya supaya sesuai dengan bilik-bilik pameran dan peralatan yang berkaitan. Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia telah membuat perubahan yang besar bagi mernpertingkatkan pamiran dengan mengadakan penulisan yang baru, penel-penel yang lebih kemas dan teratur. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 24 November 2006 ) |










