Isnin, 06 September 2010 Bersamaan 27 Ramadhan 1431 Hijrah Navigation:    Laman Utama arrow Memorial Peperangan arrow Fungsi & Keistimewaan
    JoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header Rotator

Login Webmail

Nama Pengguna
Kata laluan
    JoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header Rotator
Fungsi & Keistimewaan Memorial Peperangan Dunia Ke II
Sabtu, 29 April 2006

Fungsi dan Koleksi
Pada masa ini bangunan tersebut telah digunakan sebagai "Memorial Peperangan Dunia Ke II”. Di dalamnya. dipamerkan keterangan-keterangan, gambar-gambar dan bahan-bahan yang berkaitan dengan Peperangan Dunia Ke-11, khususnya di Kelantan, termasuk pertahanan tentera British, kejatuhan Tanah Melayu dan kronologi kejatuhan Kelantan  ke tangan tentera Jepun, zaman pemerintahan Jepun, serta kejatuhan Jepun dengan gugumya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Sehubungan dengan itu dipamerkan juga kelahiran semangat nasionalisme dan era perkembangan negara kita hingga mencapai kemerdekaan dan penubuhan Malaysia. Pada bahagian ini juga dipamerkan zaman darurat dan perundingan mencapai kemerdekaan.

Di bahagian atas (tingkat satu) dipamerkan era pemerintahan Kelantan Moden hingga kepada zaman pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra, termasuk juga perjuangan menentang penjajahan British di Kelantan khususnya pemberontakkan "Tok Janggut pada tahun 1915 yang terkenal itu.

Keistimewaan
Keistimewaan Bangunan ini ialah dari segi kedudukannya yang mudah kelihatan dari jauh kerana berkerutu dan tersergam kukuh.
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 24 November 2006 )