Isnin, 06 September 2010 Bersamaan 27 Ramadhan 1431 Hijrah Navigation:    Laman Utama arrow Muzium Kraftangan
    JoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header Rotator

Login Webmail

Nama Pengguna
Kata laluan
    JoomlaWorks AJAX Header RotatorJoomlaWorks AJAX Header Rotator
Koleksi & Latarbelakang Muzium Kraftangan
Sabtu, 29 April 2006
Koleksi
Muzium Kraftangan (Balai Getam Guri) terletak dalam Kornpleks Kampung Kraftangan. Bangunan muzium ini adalah sebahagian daripada bangunan Kampung Kraftangan yang diperuntukan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan dijadikan Muzium Kraftangan. Keluasannya ialah 5 1.52 meter persegi dan 9.39 meter lebar. Muzium ini terletak di pusat bandar Kota Bharu, dalam kawasan Zon Budaya, Bangunan ini juga letaknya berhampiran dengan 'Pasar Buluh Kubu " yang terkenal itu. Perjalanan dari Muzium Kraftangan ke pusat bandar Kota, Bharu adalah lebih kurang 0.5 kilometer.

Bangunan Muzium Kraftangan ini terletak di sebelah Jalan Hilir Kota, iaitu bersebelahan dengan Istana Balai Besar, di hadapannya Muzium Diraja (Istana Batu) dan dibelakangnya terdapat stesen Bas Mini kepunyaan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

Latarbelakang

Tapak bangunan asalnya kepunyaan Duli Yang Maha Mulia, AI- Sultan Kelantan. Kawasan ini dahulunya dipenuhi dengan rumah-rumah setinggan kemudian dibersihkan untuk dijadikan taman permainan kanak-kanak. Bangunan ini telah dibina pada 9 Mac 1991 dan kemudiannya dikenali sebagai Kampung Kraftangan
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 06 Mei 2006 )