| Latar Belakang Muzium Negeri |
| Sabtu, 29 April 2006 | |
|
Lokasi ![]() Bangunan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Dan Muzium Negeri Latar belakang Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu. Sebelum dijadikan Muzium ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan tersebut telah dibaikpulih dan dibuat beberapa perubahan sesuai dengan sebuah Muzium. Tahun 1988 Bahagian dalam bangunan Muzium ini juga telah diubah dengan menambah setengah tingkat lagi dan menyediakan ruang-ruang untuk membahagikan aliran cerita yang ditetapkan bagi Muzium ini. Aliran pameran Muzium negeri ini adalah seperti berikut. Ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden. Pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan; termasuklah peralatan permainan wayang kulit, rebana ubi, makyong, menora dan lain-lain. Pada bahagian bawah bangunan pula, selain daripada ditampilkan Sejarah Negeri Kelantan ditempatkan juga pejabat am Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Muzium dan lain-lain bahagian. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 24 November 2006 ) |

Muzium Negeri 









