|
Sejarah Kelantan Sepintas Lalu (Bahagian III) |
|
Rabu, 04 April 2007 |
Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletus peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Yunus putera Long Sulaiman yang dibantu oleh Long Ghaffar putera Raja Reman di Ulu Perak. Dalam Peperangan pada 1762M Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. Bagi mengenang jasa Long Ghaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka Baginda Long Yunus telah melantik Long Ghaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan jeram Sampai ke Sungai pasir tumbuh. Baginda Long Yunus telah beerjaya menyatukanseluruh pemerintahan negeri Kelantan dan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja..
Pada masa ini negeri Kelantan mencapai kemajuan dan zaman ini dikenali dengan "Zaman Kegemilangan" Selepas itu persahabatan telah terjalin diantara Kerajaan Kelantan dan Siam (Thailand). Contohnya menghantar bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan. Perkembangan agama Islam berlaku dengan pesatnya pada zaman itu. Contohnya terbinanya Masjid Kampung Lautoleh sekumpulan Ulama, keturunan Wali Songo.
Pada tahun 1899-1920 negeri Kelantan diperintah oleh Sultan Muhammad Ke IV. Pada zaman ini British mulai bertapak dan menguasai pemerintahan Negeri Kelantan. akibatnya pengaruh British mulai berkembang di negeri Kelantan. |
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 05 Mei 2009 )
|